Thursday, October 23, 2008

Mesej daripada Encik Mahadzir Abd Hamid, Ketua Pemuda Sik

Berikut adakah mesej daripada Ketua Pemuda Sik


Assalamualaikum......Dengan rasa penuh insaf dan rendah diri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara yang menyokong dan mendokong perjuangan umno khususnya pemuda sik selama ini.. Kemenangan saya dan rakan2 adalah kemenangan kita semua.. Marilah kita bersatu kembali demi kekuatan parti, agama, bangsa dan tanahair kerana semuanya terpikul dibahu kita.. Semoga Allah merahmati dan meredhai kita semua.. Amin3x - Ketua Pemuda Sik


Sunday, October 19, 2008

Harapan bagi Pemuda Sik

Adalah di harapkan Ketua Pemuda Sik yang baru bersama Ahli Jawatankuasanya berupaya untuk menarik balik minat pemuda-pemuda di Sik untuk menyertai semula pergerakan ini dan berupaya menambahkan lagi cawangan Pemuda di Sik.

Persiapan awal juga perlu di lakukan untuk menawan semula Sik dari PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Khasnya pengundi Saluran 3 dan 4. Perlu diadakan program-program yang lebih menjuruskan kepada kemajuan pemuda khasnya pendidikan, bimbingan dan kerjaya agar pemuda sik berupaya meningkatkan ekonomi mereka.

Penerangan juga perlu diberikan agar pemuda sik faham akan perjuangan Pemuda UMNO dan perjuangan bangsa kearah memartabatkan bangsa, negara dan agama. Hak kesistimewaan Malayu dan Penstabilan Politik Negara di terangkan secara mendalam agar Pemuda UMNO berupaya menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan Hak Melayu, Institusi Raja dan Agama.

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sik

18/10/2008
Sik, Kedah- Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sik mencalonkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Mac depan.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, bahagian tersebut mencalonkan Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

Bagi Jawatan Ketua Pemuda Sik dimenangi oleh Encik Mahadzir Bin Abd Hamid dengan 96 undian mengatasi Encik Mohd Nazri Bin Abu Hassan dengan 91 undian. Jawatan Naib Ketua Pemuda di menangi oleh Encik Ardanan Bin Dolleh (memeng tanpa pertandingan).